Hari ini 10 tahun yang lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 diisytihar hilang.
Ia gagal dihubungi selepas tidak sampai sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam 8 Mac 2014, membawa bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam penerbangan ke Beijing.
153 daripada penumpangnya adalah warga China sementara 50 orang adalah warga Malaysia termasuk anak kapal. Penumpang selebihnya adalah daripada 12 negara berbeza antaranya Indonesia, Australia, India, Perancis & A.S.
Pada jam 1.09 pagi, “Good night, Malaysian three-seven-zero” menjadi mesej terakhir daripada kokpit pesawat tersebut, Malaysia Airlines Boeing 777-200ER (9M-MRO), sebelum ia hilang dari radar.
Sejam selepas waktu sepatutnya ia mendarat di ibu kota China tersebut iaitu pada jam 6.30 pagi waktu tempatan, syarikat penerbangan Malaysia Airlines mengisytiharkan bahawa pesawatnya itu telah hilang & gagal dikesan.
Sebelum kehilangannya, pesawat tersebut menjalani penerbangan yang normal & tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mencurigakan, tiada isyarat kecemasan, cuaca buruk mahupun kepincangan teknikal.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan rasminya mengisytiharkan bahawa pesawat tersebut dipercayai hilang di sekitar Lautan Hindi & tiada seorang pun yang terselamat.
Sepanjang 2015 & 2016, beberapa penemuan serpihan badan pesawat ditemui di pesisiran pantai barat Lautan Hindi, namun tidak satu pun yang akhirnya sah & tulen daripada pesawat malang tersebut.
Segala kajian, penemuan & teori daripada pakar-pakar penerbangan & bidang berkaitan, tiada satu pun yang dapat menjawab pelbagai persoalan yang berbangkit untuk menjelaskan misteri kehilangan MH370 sehingga hari ini.
Sumber: Astro AWANI
Post a Comment
Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.