BATU PAHAT: Polis menemui rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini, hari ini.

Penemuan itu dengan sendirinya mencetuskan persoalan sama ada ia adalah ibu tunggal, Mila Shamila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata rangka itu ditemui pada jam 2 petang selepas dibawa ke lokasi oleh seorang suspek.

"Kita menemui cebisan pakaian pada rangka berkenaan," katanya pada sidang media di lokasi penemuan rangka berkenaan, sebentar tadi.

Berikut adalah kronologi kehilangan Bella

14 Disember 2023 - Mila Shamila Samsusah atau Bella memberitahu mahu ke dobi di Simpang Rantai, Batu Pahat. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Bela keluar ke dobi bersama seorang teman lelaki.

15 Disember 2023 - Kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal. Kakaknya kemudian mendapat tahu Bella ditinggalkan tepi jalan selepas bergaduh dengan teman lelaki.

16 Disember 2023 - Laporan polis pertama berhubung kehilangan Bella dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. Polis kemudian mula buat hebahan mengenai kehilangan Bella di media sosial

18 Disember 2023 - Laporan polis kedua mengenai kehilangan Bella dibuat oleh ahli keluarganya di IPD Batu Pahat

23 Disember 2023 - Polis memanggil lima individu untuk membantu siasatan dengan kes masih diklasifikasikan sebagai orang hilang. Polis juga merekodkan keterangan daripada teman lelaki Bella sebanyak dua kali.

10 Januari 2024 - Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan dua lagi individu ditahan bagi membantu kes kehilangan Bella.

15 Januari 2024 - Ibu Bella, Noraini Salleh, 55, bermimpi anaknya dalam kesusahan dengan anggota terikat.

19 Januari - Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengadakan sidang media mengenai penemuan rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah.

-BHARIAN


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.