KUALA LUMPUR : Ramai penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Sentul di ibu negara hari ini meluahkan rasa terkejut dengan bunyi letupan yang dikatakan amat kuat sehingga menyebabkan mereka terasa gegaran, petang tadi.


Letupan itu berlaku ketika ketika proses pelupusan mercun dan bunga api, di stor simpanan rampasan bahan bukti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang menyebabkan tiga orang awam cedera, serta 50 kenderaan rosak, jam 6.15 petang.


Berdasarkan tinjauan Astro AWANI di laman Twitter sebelum pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan rasmi, ramai penduduk tertanya-tanya mengenai punca kejadian yang disifatkan luar biasa dan tidak pernah berlaku.


Mengenai insiden itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sebelum kejadian, polis meminta bantuan ketiga-tiga mangsa untuk mengangkat serta membersihkan mercun dan bunga api berkenaan.


-Astro Awani


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.