Kebakaran rumah ialah sebuah isu yang sering dipertikaikan penduduk di Tawau, dengan yang terkini ialah dua buah kejadian kebakaran berasingan di Kampung Sungai Buaya di Tawau dan di Kunak, awal tahun ini.


Untuk membincangkan kepentingan insurans, dan pilihan perlindungan untuk rumah serta proses untuk membuat laporan kebakaran, Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) telah mengadakan Forum Media Macam mana bha mau jaga rumah? dalam usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan rumah untuk penduduk di bandar pantai tenggara.


Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang, berkata: “Sebagai penanggung insurans, kami berasa ia penting untuk melakukan sesuatu dan melibatkan diri dengan komuniti kami untuk memperkasakan komuniti kami dengan ilmu yang penting tentang kepentingan insurans dan pemahaman yang lebih baik untuk memanfaatkannya. Matlamat kami ialah untuk penduduk Tawau untuk mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana untuk melindungi rumah mereka dan orang yang tersayang.”


Memahami keperluan insurans anda


Sebuah rumah, tidak kira saiz, bentuk atau binaannya ialah aset terbesar yang anda miliki dan berhak mendapat perlindungan yang mencukupi.


Apabila menginsuranskan sebuah rumah, seorang pemilik rumah atau penyewa mesti mempertimbangkan sebuah perlindungan insurans yang mencerminkan nilai rumah tersebut untuk mengelakkan rumah terkurang atau terlebih diinsuranskan, serta isi kandungan rumah, kerana bank hanya akan menginsuranskan struktur bangunan, dan bukannya barangan dalam rumah anda.


Smart Home Cover oleh Allianz General menawarkan perlindungan komprehensif termasuklah perlindungan untuk Pemilik Rumah (HouseOwner) (melindungi bangunan kediaman dari kerosakan), Isi Kandungan Rumah (HouseHolder) (melindungi isi kandungan rumah dan barangan peribadi), Perlindungan Bayaran Ansuran Pinjaman Perumahan, Pembaikan Rumah (Home-Fix), dan Insurans Tuan Rumah.


Selain itu, Allianz General juga menawarkan Allianz KampungKu yang menyediakan perlindungan asas untuk rumah kampung dan isi kandungan rumah dari risiko kebakaran, banjir, dan ribut dengan RM10,000 jumlah yang diinsuranskan dan RM1,000 untuk banjir hanya dengan premium RM75 setahun.


Allianz General juga menawarkan Allianz PerlindunganKu, yang menyediakan perlindungan sepanjang tahun untuk kemalangan dan penyakit hanya dari RM50 setahun. Tambahan pula, di bawah Program Baucar Perlindungan Tenang, penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak boleh menebus baucar RM75 mereka untuk membeli insurans mampu milik seperti Allianz PerlindunganKu tanpa bayaran tambahan!


Penduduk Tawau berkongsi pengalaman mereka


Ketika forum tersebut berlangsung, penduduk Tawau, Mohd Yusree Yahya (Kampung Titingan), Irwan Tajari (Tanjung Batu Keramat), dan Nurhayati Mustafa (Kampung Kinabutan Bukit) juga telah berkongsi pengalaman mereka dengan kejadian kebakaran.


“Kebakaran tersebut terjadi di Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat pada 2019, yang melibatkan 67 buah rumah; 54 buah rumah telah musnah sementara 13 buah rumah yang lain separa musnah. Apabila kebakaran mula terjadi, Bomba telah tiba dengan segera, tetapi usaha mereka tergendala kerana tekanan air yang lemah,” kata Irwan.


“Sebelum ini, rumah-rumah tersebut didirikan sangat rapat dengan satu sama lain. Selepas kejadian tersebut, bersama dengan Majlis Perbandaran Tawau, rumah-rumah tersebut telah dibangunkan semula mengikut peraturan pihak berkuasa, dibina pada kawasan yang ditetapkan. Setiap rumah juga dijarakkan antara satu sama lain dengan betul,” tambah Irwan.


Bomba: Kesedaran untuk pencegahan kebakaran ialah penting


Menurut Bomba, terdapat 311 kejadian kebakaran melibatkan rumah, lot kedai, kenderaan, dan lalang, di Tawau pada tahun 2019, tetapi kedian tersebut telah menurun pada tahun 2020 (165 kes) dan pada tahun 2021 (162 kes). Tambahan pula, terdapat 58 kes kebakaran struktur, berbanding 33 buah kes pada 2020 dan 34 kes pada 2021, sementara kes kebakaran membabitkan rumah setinggan juga menurun dari empat kes pada 2019, sifar kes pada 2020 dan dua kes pada 2021.


PKPgB Zulbada Alior, Ketua Balai, Penolong Kanan Penguasan Bomba, Negeri Sabah, Zon Tawau, mendedahkan usaha memadam kebakaran pada lima minit pertama ialah penting dalam mencegah kerosakan serius berkaitan kebakaran. Apabila tiba di tempat kejadian, keutamaan Bomba ialah untuk memastikan tiada bahaya yang lebih teruk kepada nyawa dan kerosakan kepada aset dan hartanah yang terbabit.”


“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kebakaran. Kecuaian, tidak memiliki alat pemadam api, tidak mengetahui bagaimana untuk menggunakannya dan kesedaran terhadap memastikan rumah kalis api yang rendah secara amnya seperti tidak meninggalkan dapur tanpa pengawasan sebagai contoh. Jadi, kita harus menjadi proaktif dan berusaha untuk mengurangkan kemungkinan kebakaran,” PKPgB Tuan Zulbada.


Dalam kejadian kebakaran rumah, penuntut yang berhak untuk insurans kebakaran ialah mangsa, pemilik rumah, atau penyewa rumah. Untuk memudahkan tuntutan insurans, penuntut memerlukan Laporan Kejadian Kebakaran atau SLKK (Salinan Laporan Kebakaran/Kecemasan).


Senarai semak dokumen yang diperlukan untuk permohonan SLKK seperti di bawah:


  • Bawa surat atau isi borang permohonan untuk salinan SLKK yang disahkan oleh Bomba. Pastikan surat tersebut mengandungi maklumat kejadian (tarikh, masa, dan alamat).
  • Laporan tersebut berharga RM100.00.
  • Salinan laporan polis
  • Borang SLKK yang lengkap
  • Polisi insurans
  • Kad pendaftaran kenderaan anda (jika kebakaran melibatkan kenderaan)
  • Salinan Kad Pengenalan


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Allianz KampungKu dan Smart Home Cover, layari https://www.allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/home.html


-Malaysikini


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.