SERANGAN Zionis ke atas wilayah Palestin berterusan hingga mengorbankan komander kanan Hamas.

Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 65 orang sejak keganasan tercetus pada Isnin.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken memaklumkan, akan mengirim wakil khas, Hady Amr, untuk memujuk Palestin dan Israel supaya menghentikan serangan.

Israel dalam pada itu menegaskan akan meneruskan serangan ke atas kepentingan milik Hamas.

Hamas pula memberi peringatan tidak akan setuju dengan sebarang perjanjian dalam masa terdekat.

Rejim Yahudi melancarkan serangan bertalu-talu, selepas serangan balas roket Hamas.

Ia susulan tindakan Zionis bertindak ganas ke atas penduduk Palestin yang berada di Masjid Al-Aqsa.

Sumber Palestin mendedahkan, usaha damai yang ditaja Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sehingga kini gagal menghentikan keganasan.


-Astroawani


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.