Setiausaha politik kepada pesuruhjaya PAS Perak menafikan dakwaan bahawa parti itu derhaka kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, selepas membatalkan rancangan mengadap baginda di Istana Kinta, Ipoh hari ini.
Fairuz Hafiizh Othman, berkata, PAS mengambil keputusan untuk tidak menghadap sultan kerana masih belum membuat keputusan berhubung isu jawatan menteri besar di negeri itu.
“Dah tersebar kononnya PAS derhaka Sultan. Sultan rilek je tak sebut apa pun.
“(Ahli Dewan Negara Perak) Annuar Zaini yang mewakili istana dikhabarkan memanggil pimpinan PAS melalui satu panggilan segera hari ini.
“PAS Perak belum bersedia dengan keputusan. Maka PAS Perak memaklumkan ketidaksediaan tersebut,” katanya dalam hantaran Facebook, sebentar tadi.
Dia berkata demikian mengulas tindakan Adun PAS Perak membatalkan rancangan menghadap Sultan Nazrin hari ini.
Post a Comment
Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.