PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Benteng Lahad Datu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia melibatkan jangkitan dalam kalangan pendatang tanpa izin (PATI) yang disaring di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah.
"KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenal pasti hasil saringan terhadap tahanan baharu di lokap IPD Lahad Datu.
"Setakat ini, seramai 50 orang tahanan telah disaring pada 28 Ogos 2020. Daripada jumlah ini tujuh kes dikesan positif COVID-19 dan 43 individu negatif," katanya dalam sidang media pada Selasa.
Enam daripada kes positif jelasnya merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang warganegara tempatan.
-astroawani









Post a Comment
Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.