INKUIRI SUHAKAM | Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas (SB) bertanggungjawab terhadap kehilangan paksa membabitkan pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Kesimpulan itu dibuat daripada inkuiri yang dijalankan terhadap kehilangan kedua-dua individu berkenaan.

"Panel menganggap bahawa kehilangan paksa Amri Che Mat dilakukan oleh ejen-ejen kerajaan.

"Dengan menamakan Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur dalam takrif Artikel 2 Konvensyen Antarabangsa Bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED)," kata pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai ketika membacakan laporan siasatan.

Mah, yang mengetuai prosiding siasatan, kemudian membaca kesimpulan yang sama terhadap Koh.

"Setelah membaca dan mempertimbangkan nasihat bertulis peguam bagi pihak keluarga, pegawai penasihat Suhakam, peguam Majlis Peguam, pegawai yang mewakili polis.

"Dan setelah mendengar penyampaian secara lisan pihak-pihak (dan) selepas mengadakan perbincangan dan pertimbangan yang panjang, panel berpendapat bahawa Raymond Koh adalah mangsa Kehilangan Paksa sebagaimana ditakrifkan dalam Artikel 2 ICCPED," katanya.-Malaysiakini

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.