Di Facebook, BFM mengiklankan liputan khasnya pada hari mengundi 9 Mei ini dengan memuat naik poster bertulis "Siapa akan jadi perdana menteri seterusnya?", dalam bahasa Inggeris.
Stesen radio itu juga memuat naik gambar kedua-dua calon perdana menteri BN dan Pakatan Harapan iaitu Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagi gambar Mahathir, BFM bagaimanapun 'menghilangkan' muka bekas perdana menteri keempat itu, seperti arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan gambarnya digunakan sebagai bahan kempen.
SPR memberi alasan Mahathir tidak mempunyai jawatan rasmi dalam PKR - logo bersama gabungan pembangkang.
Bagaimanapun, bukan semua orang dapat mengesan jenaka itu. Ada yang melihatnya secara serius.
Declan Cheng: BFM tak patut pos gambar dengan wajah dipotong. Memalukan. Tidak profesional.
Bagaimanapun, warga maya yang dapat mengesan jenaka itu menjelaskannya.
“Kamu patut belajar sesuatu tentang humor,” tulis Jenkin Yat.
Selain digunting, dilaporkan wajah Mahathir, bekas perdana menteri 22 tahun itu, di bahan kempen juga ditutup dengan kertas.
-Malaysiakini
Post a Comment
Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.