KATA orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar… Kalau tengah seronok mengutuk orang lain, jangan sampai malang menimpa diri!

Inilah berlaku ke atas seorang wanita dalam lingkuangan 40 tahun apabila terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital akibat satu kemalangan kecil yang berlaku di Jalan Medan Bijai, Medan, Sumatera Utara Indonesia.

Kemalangan yang tidak diduga itu telah mengakibatkan lidahya terputus kerana tanpa disedari, dia telah terlanggar satu bonggol besar di hadapannya.

Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya yang dikenali sebagai Yuni sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu majlis perkahwinan rakan pejabat mereka.

Mungkin apa yang terjadi ke atasnya merupakan balasan Tuhan kerana ketika itu wanita berkenaan sedang rancak ‘membawang’ tentang kisah peribadi pengantin.

“Saya dah ingatkan dia agar tidak membuka cerita tentang masa lalu si lelaki tu… Tapi dia tetap tak mahu menukar topik perbualan.

“Saya sendiri pun tak berminat dengan cerita tu sebab ia merupakan kisah peribadi orang lain,” kata Yuni.

Bagaimanapun, sebelum ini mereka turut ada menggunakan jalan yang sama tetapi ketika itu masing-masing tidak nampak akan kehadiran bonggol yang dimaksudkan.

Kemungkinan besar bonggol berkenaan baru sahaja dibuat dalam masa dua hingga tiga hari kerana warna cat itu masih lagi baru.

Yuni berkongsi perasaannya yang terkejut apabila melihat baju rakan baiknya dipenuhi dengan darah serta menjerit menahan kesakitan dengan lidahnya yang sudah terputus.

Akibat panik dengan situasi berkenan, dia telah meminta bantuan daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum mengambil keputusan untuk memanggil ambulans. – MYNEWSHUB

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.