Georgetown: Dua puluh dua individu termasuk seeorang bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, hari ini atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu.

Semua tertuduh yang berusia antara 24 hingga 55 tahun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Roslan Hamid.


Mengikut pertuduhan, semua mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 24 Pulau Pinang sejak 1 Januari 2015 hingga 29 Januari 2017.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Roslan kemudian menetapkan 20 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula dan tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin kerana kes berkenaan termasuk dalam jadual pertama Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Jailani Abdul Rahman. -Hmetro

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.