Wanita Koma dilanggar Peronda dihadapan Pusat beli belah Centre Point Sabah


Menurut info yang disebarkan melalui laman sosial, Kejadian kemalangan berlaku sekitar pyukul 4.20 petang di hadapan centre point bertentangan dengan Kompleks Asia City.

Salah satu Polis peronda bermotor yang sedang melakukan rondaan di sekitar tersebut telah bertembung dengan pejalan kaki wanita itu.


Mangsa dalam lingkungan 30an telah menyeberang jalan tanpa melihat kiri dan kanan hampir terlanggar L/kpl 163750 Celestine namun dapat mengelak wanita tersebut. Walau bagaimanapun konst 186973 Ad tidak dapat mengelak dan terus melanggar perempuan tersebut menyebabkan motor terbabas ke dalam taman bunga. Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian muka.

Menurut saksi, mangsa dikatakan asyik dengan telefonnya semasa melintas jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan diri. Malang tidak berbau, jadi berhati-hati semasa melintas jalan raya.






Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.