Beberapa kawasan di  Sandakan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak malam tadi. Antara kawasan terjejas ialah perumahan Taman Mawar, Taman Anggerik, Taman Fajar, Sim-Sim, Batu 1 1/5, Batu 12, Kampung Gum-Gum, Batu 16 dan Sepilok.

Jalan utama antara Batu 12 hingga ke Batu 16 turut dinaiki air, tetapi masih boleh dilalui oleh kenderaan.

Menurutnya banjir kilat turut menyebabkan beberapa jalan tidak boleh dilalui kenderaan antaranya Jalan Sim-Sim, Jalan BDC di Batu Satu, Jalan Sepilok di Batu 14 dan Jalan Gum-Gum di Batu 16.

Dalam pada itu, Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo di Sepilok ditutup hari ini berikutan kawasan sekitar pusat berkenaan dilanda banjir kilat.

Ketua Pegawai Eksekutif pusat itu Wong Siew Te berkata sekiranya air banjir surut hari ini, pusat berkenaan akan dibuka semula esok.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.