UMNO adalah untuk orang melayu


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyiaran laporan kontroversi Utusan Malaysia berjudul "Apa lagi Cina mahu?" di muka depan akhbar itu.

"Dia ikut arahan dari Datuk Najib sebab pertama, Utusan itu surat khabar Umno," kata bekas ketua pembangkang dalam sidang media di Petaling Jaya.

"Kedua, saya tahu sebab masa saya timbalan presiden Umno, presiden Umno mempunyai pegawai yang boleh memberi arahan harian kepada Utusan.

Anwar berkata, penyiaran artikel di akhbar Umno itu juga bertentangan dengan ikrar BN yang mahu menganjurkan penyatuan nasional selepas fenomena pilihan raya yang digelar mereka sebagai "tsunami Cina".

Utusan hari ini antaranya memuatkan poin seperti berikut:


  • Para pengundi Cina yang terperangkap dengan politik perkauman DAP gagal menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh Melayu pada pilihan raya kelmarin.
  • Percaturan pengundi Cina untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri bagi membolehkan mereka mendapat kuasa politik juga tidak kesampaian.
  • Walaupun DAP menang banyak kerusi tetapi yang memualkan, mereka masih belum berpuas hati dan mahu mengadakan protes menerusi perhimpunan haram sehingga menimbulkan perlbagai pertanyaan.
  • Antara SMS yang paling banyak diterima: "Apa lagi yang kamu mahukan wahai orang Cina."
  • Semalam, pembangkang yang diketuai pembangkang mengadakan "silent walk" bagi memprotes keputusan pilihan raya di pusat membeli belah Mid Valley Kuala Lumpur, Sunway Carnival Prai dan Qyeens Bay Pulau Pinang.
  • Pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai satu pengkhianatan orang Cina yang tidak boleh dimaafkan. - Malaysiakini


 borneomail :  Saya pernah bercerita dengan tokey cina yang bikin paip dirumah saya begitu tidak berpuas hati dengan orang melayu kerana kesusahan mereka mendapatkan projek kerajaan. Dia mendakwa semua projek diberi kepada orang melayu. Kalau dapat projek pun yang disebut sub konterk. Begitu juga dengan tokey cina yang membuka kedai komputer tidak lagi mendapat projek menyelenggara atau membekal komputer kepada projek kerajaan..semua orang melayu yang dapat konon. Kalau betul apa yang mereka cakap, borneomail tidak hairan mengapa mereka sokong pembangkang.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.