Tiada perkataan yang sesuai untuk Datuk Noriah Kasnon selain BODOH bilang seorang budak politik di pihak pembangkang.

Datuk Noriah Kasnon didakwa begitu kesal kerana orang-orang pakatan membawa kanak-kanak dalam perhimpunan rakyat yang diadakan di Stadium merdeka pada sabtu lepas. Bagi beliau itu merupakan satu tindakan yang membahayakan kanak-kanak kerana situasi seperti itu tidak menentu. Itu memang betul sebab kalau-kalau polis mengganas boleh jadi kanak-kanak juga akan menjadi mangsa keganasan polis.

"Ia menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001...kalau kita tengok anak dalam stroller, umur tak sampai setahun pun mereka bawa. Lagi satu anak-anak itu juga dipakaikan lilit kepala dan baju dengan lambang-lambang tertentu seperti menggunakan anak-anak sebagai alat untuk kepentingan peribadi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bas kepada Persatuan Rumah Kebajikan Rita, di Putrajaya hari ini.


Budak kecik ni mungkin orang kerdil

Tapi Melayu mudah lupa kata Tun Dr. Mahathir

TAPI Datuk Noriah Kasnon terlepas pandang bahawa pengikut UMNO juga telah membawa kanak-kanak dalam perhimpunan program bersama perdana menteri Dataran Tesco Semenyih. Apa ni Datuk Noriah Kasnon ? Acara PM di sana juga disertai oleh golongan kanak-kanak dan pelajar. Mengapa ada dwistandard? Apakah kanak-kanak penyokong UMNO dan IPF tidak ada nilai yang boleh dibawa ke perhimpunan?

Datuk Noriah Kasnon, Mengapa tiada larangan atau amaran daripada polis atau menteri pengajian tinggi, mengapa ada kanak-kanak dan pelajar dilihat di acara bertemu rakyat dengan Najib anjuran IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia) di Dataran Tesco di Semenyih?



Kerajaan yang adil disanjung...

Diedit daripada sumber asal malaysiakini.


Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.