Mengambil kata-kata Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mengibaratkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai 'penipu bersiri' kerana sering kali melakukan pelbagai pembohongan kepada rakyat Pulau Pinang, UMNO juga adalah penipu paling licik di muka bumi ini. Banyak penipuan yang dilakukan oleh UMNO sama ada UMNO Sabah mahupun UMNO dari semananjung yang dianggotai oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Penipuan UMNO yang pertama ialah kegagalan menunaikan janjinya memajukan Sabah dalam masa 100 hari sebaik sahaja merampas kuasa daripada PBS. Kini Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican patut tahu bahawa Sabah belum maju walaupun UMNO sudah berbelas tahun berkuasa di Sabah. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan ketua menteri Pinang tidak ada bezanya.

Pembohongan UMNO yang kedua liciknya ialah kegagalan menunaikan janjinya memberi lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah bagi mengelakkan penghijraan warga Sabah ke Semenanjung. Sehingga kini tidak nampak kilang-kilang yang memberikan peluang pekerjaan warga Sabah. Sekali lagi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sama seperti ketua menteri Pulau Pinang..

Banyak lagi pembohongan UMNO Sabah yang disokong oleh UMNO semenanjung seperti Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Hendak tulis banyak-banyak pun tak ada guna juga kerana sudah tentu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempunyai alasannya yang tersendiri.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.