Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan yang menzalimi rakyatnya seperti yang digembar-gemburkan pihak pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Bharian


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pembohong nombor satu Malaysia apabila menafikan kezaliman kerajaan BN.


Kerajaan Sabah meletak sasaran setinggan sifar tahun 2010 sama seperti matlamat kerajaan selangor pimpinan mantan MB, DS Khir Toyo yg telah meranapkan Kg Berembang. Sudah menjadi kebiasaan orang-orang miskin mudah diperdaya dan tidak mempunyai upaya untuk melawan pihak berkuasa.

Kerajaan akan meroboh semua rumah-rumah kg bakau ini sehingga 24 april depan walaupun dalam media mereka memberitahu operasi hanya 7 hari sahaja. (operasi bermula 12 april)

Semoga bantuan2 tuan2 akan membantu mereka mendapat hak-hak yang sewajarnya.
Sekian terima kasih

ROBOH RUMAH : KERAJAAN BN SABAH ZALIMI PENDUDUK KG BAKAU, LIKAS

KOTA KINABALU : Tindakan kejam Kerajaan Barisan Nasional meroboh rumah-rumah penduduk setinggan di Kampung Bakau, Likas amatlah menyayat hati dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh penduduk disitu. Tanpa belas kasihan para pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama anggota RELA meroboh satu demi satu rumah penduduk Kg Bakau yang rata-ratanya miskin dan daif.

Paling menyedihkan kakitangan DBKK dan RELA tergamak meroboh sebuah rumah ketika penghuninya sedang menikmati juadah makanan mereka. Tidak cukup dengan itu orang-orang suruhan kerajaan BN ini telah merosakkan harta benda penduduk seperti barangan elektrik, perabut dan sebagainya.

“Selama ini saya dan keluarga setia menyokong Barisan Nasional tetapi kenapa ini balasan yang kami terima ? Saya ada 9 orang anak dan 6 orang masih bersekolah. Rumah saya diroboh dan sekarang kami tidak tahu mahu tinggal dimana.”, kata Nasron yang tinggal sekeluarga di sebuah pondok sempit dan usang.

Dengan nada sebak Nasron memberitahu “Kami ini seperti tiada harga, dibuat macam binatang. Lebih teruk lagi daripada Yahudi. Kami dihalau tanpa bayaran pampasan satu sen pun. Saya disuruh ke Telipok Ria (Perumahan rakyat) tetapi saya perlu membayar wang deposit sebanyak RM 700. Itu belum campur kos pendawaian letrik yang lebih kurang kosnya RM 2,000. Manakala anak saya bersekolah di Kg Likas, tambang seorang menjadi RM 80 sebulan. Maka dengan 6 orang anak kos tambang sekolah sudah mencecah RM 480 yang mana saya sendiri tidak mempu sediakan semua itu”.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kg Bakau Nasir Ahid penduduk disitu telah mendiami Kg Bakau selama 30 tahun iaitu awal tahun 1980an lagi. Pada waktu itu, penduduk yang berasal dari Semporna, Kudat dan Kota Marudu telah datang meneroka dan membina perkampungan di tanah paya seluas 23 ekar. Kesemua mereka ini bumiputera malahan pengundi Kg Bakau saja berjumlah 3,000 orang.

“Pada masa itu, salah seorang ahli JKKK telah mempelawa saya membina rumah di sini dengan keluasan 30 x 40 kaki persegi. Kebenaran yang diberikan membolehkan saya membina rumah untuk kami sekeluarga menumpang teduh dan meneruskan kehidupan”, kata pesara polis yang tidak mahu dikenali.

Kini beliau telah bersara manakala isterinya bekerja sebagai tukang sapu dengan gaji sebanyak RM 17 sehari. Apabila kerajaan mahu meroboh rumah kami, saya tidak tahu mahu ke mana kerana saya tidak mempunyai tanah dan wang.

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Radin memberitahu, “Saya membuat panggilan kepada Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Jumat Idris untuk memohon bantuan kerana penduduk Kg Bakau hidup kegelapan setelah pihak SESB memotong bekalan letrik sejak isnin lagi. Lantas Jumat menjawab kepadanya, ada baiknya juga hidup dalam kegelapan”, katanya yang tidak berpuas hati dengan lagak sombong pemimpin UMNO itu.

Robohnya rumah-rumah Kg Bakau ini diiringi dengan tangisan dan hancur berkecainya harapan penduduk untuk terus menikmati kehidupan yang aman dan damai. Suatu ketika dahulu apabila menjelangnya pilihanraya, wakil rakyat DUN Karambunai sekarang YB Jainab Ahmad telah memberi jaminan bahawa nasib penduduk Kg Bakau akan dibela dan dipertahankan. Namun apabila rumah-rumah mereka telah ranap diroboh wakil rakyat mereka tidak muncul-muncul tiba. Kini semua itu ternyata hanya janji-janji kosong belaka.
“Sekarang kami baru sedar, BN memang tidak berminat untuk membela rakyat. Kami tertipu dan ditipu oleh para pemimpin BN. Kami mahu pengundi Hulu Selangor menolak BN dan menyokong Pakatan Rakyat agar peristiwa Kg Bakau tidak berulang di Selangor”, kata seorang anak muda Kg Bakau yang hanya mahu dikenali sebagai Jaidin.

Jika tidak zalim
Sediakan rumah terlebih dahulu, pindahkan rakyat kemudian pindahkan mereka. Setelah semuanya selamat barulah robohkan rumah setinggan.
Kiriman : Azim Fitri

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.