Posts

Showing posts from October, 2018

Pemilik Leicester City terkorban dalam nahas helikopter

Image
Vichai Srivaddhanaprabha, warga Thailand pemilik kelab bola sepak Leicester City (LCFC), terkorban dalam nahas helikopter di luar Stadium King Power, Leicester, England, pada Sabtu, menurut kenyataan kelab itu.

"Dengan penuh dukacita dan kesedihan yang mendalam, kami mengesahkan bahawa pengerusi kami, Vichai Srivaddhanaprahba adalah antara mereka yang terkorban pada Sabtu setelah helikopter yang dinaiki beliau bersama empat yang lain terhempas di luar Stadium King Power. Kelima-lima mereka terkorban dalam insiden itu,” jelas LCFC.

Lima orang, termasuk Vichai, berada di dalam pesawat berkenaan sebelum ia terhempas di sebuah kawasan letak kereta berhampiran stadium itu sejurus selepas 8.30 malam dan terus terbakar.

Polis Leicestershire, menerusi akaun Twitter pada Isnin berkata, mangsa yang dipercayai berada di dalam helikopter itu ialah Vichai, dua orang kakitangannya iaitu Nusara Suknamai dan Kaveporn Punpare, juruterbang Eric Swaffer serta seorang penumpang, Izabela Roza Lechow…

Anthonius Gunawan Agung jadi inspirasi dunia

Image
Dalam tragedi gempa dan tsunami di bandar Palu Sulawesi, ada satu nama menjadi bualan dan ingatan di seluruh Nusantara iaitu Anthonius Gunawan Agung.

Anak muda berusia 21 tahun telah terkorban ketika gegaran melanda yang mengakibatkan sebahagian menara kawalan trafik udara runtuh.

Ketika kejadian, Agung yang bertugas sebagai pegawai kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Al Jufri, Palu, baru sahaja menyelesaikan tugasnya melepaskan pesawat Batik Air dengan nombor penerbangan ID 6231.

Agung dikatakan berkeras untuk terus berada di menara kawalan trafik setinggi empat tingkat bagi memberi panduan kepada juruterbang ke landasan yang betul dan berlepas dengan selamat biarpun gegaran sedang berlaku.

Menurut juruterbang menerusi akaun Instagram @icoze_ricochet , tindakan Agung dianggap sebagai hero yang sanggup berkorban menyelamatkan ratusan nyawa.

"Batik 6231 runway 33 clear for take off," itu ayat terakhir Agung kepada juruterbang sebelum terjun keluar yang menyebabkannya pa…