Posts

Showing posts from September, 2018

Sebab SPRM tidak memakaikan Dato Najib Razak Baju oren

Image
Di sebalik keinginan sesetengah pihak melihat Datuk Seri Najib Razak dibawa ke mahkamah dengan pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ia tidak menjadi kenyataan setakat ini.

Bekas perdana menteri itu hadir untuk mendengar pertuduhan yang dikenakan ke atasnya seperti biasa - kecuali dikawal oleh pegawai agensi antirasuah berkenaan.

Menjelaskan keadaan itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki menjelaskan tidak semua tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah mesti dipakaikan dengan baju oren berkenaan.

Katanya SPRM melihat kepada aspek tertentu sebelum memutuskan seseorang itu perlu dipakaikan dengan seragam lokap yang berwarna oren atau sebaliknya.

Dato Najib Razak tidak berpotensi melarikan diri sebab itu beliau tidak dipakaikan baju oren. Beliau juga tidak digari semasa dibawa ke mahkamah.

"Kebiasaannya kalau orang itu (tertuduh) mendatangkan kemudaratan, dia akan dipakaikan baju oren.

Keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak teruta…