WESTERN Digital memperkenalkan peranti baharu My Passport Wireless SSD dan SanDisk Extreme Portable SSD khas untuk fotografer yang memerlukan kelajuan tinggi dan kapasiti peranti penyimpan yang besar.


My Passport Wireless SSD  merupakan pemacu mudah alih yang membantu mengekalkan foto dan video yang diambil pada kamera atau dron.

Peranti ini mempunyai satu salinan kad sentuhan untuk membolehkan penyuntingan dan perkongsian kandungan serta mampu mengakses peranti secara langsung dalam aplikasi kreatif mudah alih pihak ketiga, seperti FiLMiC Pro dan LumaFusion.

Ia direka dengan kelajuan membaca sehingga 65MB sesaat, tahan lasak, tahan getaran dan kejatuhan sehingga satu meter walaupun pemacu sedang berfungsi.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kelajuan pemindahan SSD cepat sehingga 390MB sesaat apabila menggunakan port USB 3.0 untuk memindahkan fail ke dan dari komputer.

Sementara itu bagi, SanDisk Extreme Portable SSD, selain tahan lasak ia berkelajuan tinggi sehingga 550MB sesaat, menjadikannya sempurna untuk menyimpan dan menyunting foto dan video resolusi tinggi.

Penarafan IP55 bermakna ia tahan lasak dalam keadaan seperti hujan, percikan, tumpahan dan habuk.

Kedua-dua peranti ini akan berada di pasaran pada akhir Julai depan di semua outlet IT di seluruh negara termasuk di Lazada Malaysia, 11street dan Shoppe.

Bagi My Passport Wireless SSD dengan jaminan dua tahun, dijual pada harga bermula RM 1,099. Manakala SanDisk Extreme Portable SSD (tiga tahun jaminan) dijual pada harga bermula RM529.-Sinarharian

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.