KUALA LUMPUR: Sarawak Report (SR) pada Rabu melaporkan peguam mewakili Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di London melawan SR berkaitan dakwaan dana RM90 juta disalurkan ke parti itu — mengakui rakaman audio kontroversi mengaitkan suara Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz adalah asli.

Peguam Jacob Dean mengesahkan perkara itu di mahkamah London mengatakan Abdul Hadi tidak pasti keaslian rakaman itu dalam perbicaraan Pas didakwa menerima sumbangan wang Umno RM90 juta semasa Datuk Seri Mohd Najib Razak menjadi perdana menteri.

Laporan menyebut Nik Abduh mungkin hadir pada masa rakaman itu dilakukan, termasuk Zaharuddin Muhammad (menantu Abdul Hadi) yang menjadi antara saksi memberikan keterangan 11 hari di mahkamah pada April 2019.

Menurut SR, Dean menjangkakan 8 atau 9 saksi disoal berkaitan isu dibangkitkan pihak pendakwaan berkaitan dana tersebut termasuk Bendahari Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Sebelum ini Nik Abduh dalam kenyataannya di Facebook menafikan suara dipercayai dirakam dalam pertemuan tertutup beberapa pimpinan Pas Kelantan di dalam audio berkenaan sebagai suara miliknya. —Sarawakvoice

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.