Posts

Showing posts from July, 2018

Kematian gajah di Sabah membimbangkan

KOTA KINABALU: Insiden gajah mati di Sabah dilihat semakin membimbangkan selepas 19 ekor gajah jenis 'Pygmy Borneo' direkodkan mati dari awal tahun sehingga bulan ini.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, kebanyakan bangkai gajah ditemui mati di daerah Lahad Datu, Kinabatangan, Telupid dan Lok Kawi.

Tambah Augustine, faktor utama kematian gajah-gajah tersebut adalah disebabkan penyakit namun siasatan menyeluruh mengenai sebab lain masih giat dilakukan pihaknya.

"Kebanyakan gajah ini mati disebabkan penyakit kerana melalui analisa tosikologi dan bakterialogi kami masih belum peroleh keseluruhan keputusan.

"Setakat ini ada dua ekor gajah yang mati disebabkan jerat namun kita memerlukan lebih ramai pakar-pakar yang boleh mengkaji secara mendalam sebab utama kematian gajah-gajah di Sabah ini," katanya ketika ditemui AWANI di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Augustine turut menyatakan bahawa kemusnahan habitat gajah oleh manusia …

Ketua Pemuda UPKO letak jawatan hari ini

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen meletak jawatan dalam parti itu berkuatkuasa hari ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, beliau berkata surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

"Saya sekarang dalam dilema untuk menjelaskan sebab mengapa saya meletak jawatan. Saya akan jelaskan pada kemudian hari," katanya ketika dihubungi di sini.

Sen juga berkata beliau belum ada perancangan mengenai karier politiknya.

Dalam surat bertarikh hari ini, Sen bukan sahaja meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda merangkap Naib Presiden UPKO, tetapi juga sebagai anggota parti itu dan tiga lagi jawatan dalam parti iaitu Pengerusi Biro Aduan Awam UPKO Pusat, Naib Ketua Bahagian UPKO Ranau dan Ketua Cawangan UPKO Kampung Rapak, Ranau.

-- BERNAMA

Anak Sabah menang Miss Talent International Malaysia 2018

Image
Ketangkasan, kemahiran kung fu dan bakat menari yang dimiliki Chai Shu Wen, 20, dari Kota Kinabalu, Sabah, membolehkannya dimahkotakan sebagai Miss Talent International Malaysia (MTICM) baru-baru ini.



"Saya tidak pernah menjangka ini berlaku. Saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur, 28Mall.com dan para hakim yang memberikan saya peluang untuk mewakili Malaysia," kata Chai.

Beliau akan mewakili Malaysia di pertandingkan peringkat global di China pada September ini.

Catherine Soon Zhi Ling, 28, penyanyi dan guru nyanyian dari Pulau Pinang dan Joey Wong Joo Yee, 21, siswazah perakaunan dari Kuala Lumpur, masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Pertandingan Miss Talent Antarabangsa mula diadakan pada 2014 dan merupakan pertandingan ratu cantik utama di Hong Kong.

Ketua Pegawai Eksekutif 28Mall.com dan penganjur MTICM Fione Tan berkata, finalis berpeluang dibimbing sebagai individu berpengaruh dalam rangkaian sosial untuk platform membeli belah atas talian merenta…

5 fakta menarik mengenai jenama Bijan

Image
"Stokin RM403 sepasang, beg tangan paling mahal berharga RM1.6 juta" - 5 fakta menarik mengenai jenama Bijan.
KETEPIKAN beg berjenama Hermes Birkin kerana beg berjenama Bijan kini menjuarai 'carta' rakyat Malaysia!



Sejak semalam, Bijan begitu hangat diperkatakan di laman sosial berikutan jenama terbabit disebut sebagai salah satu jenama beg yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Disebut sebagai ‘bizaen’, pasti ramai yang tidak pernah mendengar tentang jenama tersebut dan ada yang menyamakan jenama tersebut dengan bijan yang digunakan dalam masakan.

Jangan begitu! Bijan merupakan antara jenama yang termahal dan ia berada dalam lingkungan jenama paling eksklusif di dunia.

Kami senaraikan lima fakta menarik mengenai jenama fesyen Bijan yang memasarkan kelengkapan lelaki dan wanita termahal dunia:

1) Jenama Bijan diasaskan oleh pereka fesyen terkemuka kelahiran Iran, Bijan Pakzad. Lima Presiden Amerika Syarika…

Storan terbaru untuk fotografer

Image
WESTERN Digital memperkenalkan peranti baharu My Passport Wireless SSD dan SanDisk Extreme Portable SSD khas untuk fotografer yang memerlukan kelajuan tinggi dan kapasiti peranti penyimpan yang besar.


My Passport Wireless SSD  merupakan pemacu mudah alih yang membantu mengekalkan foto dan video yang diambil pada kamera atau dron.

Peranti ini mempunyai satu salinan kad sentuhan untuk membolehkan penyuntingan dan perkongsian kandungan serta mampu mengakses peranti secara langsung dalam aplikasi kreatif mudah alih pihak ketiga, seperti FiLMiC Pro dan LumaFusion.

Ia direka dengan kelajuan membaca sehingga 65MB sesaat, tahan lasak, tahan getaran dan kejatuhan sehingga satu meter walaupun pemacu sedang berfungsi.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kelajuan pemindahan SSD cepat sehingga 390MB sesaat apabila menggunakan port USB 3.0 untuk memindahkan fail ke dan dari komputer.

Sementara itu bagi, SanDisk Extreme Portable SSD, selain tahan lasak ia berkelajuan tinggi sehingga 550MB sesaat,…

Peguam Hadi akui suara rakaman audio kontroversi asli milik Nik Abduh

Image
KUALA LUMPUR: Sarawak Report (SR) pada Rabu melaporkan peguam mewakili Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di London melawan SR berkaitan dakwaan dana RM90 juta disalurkan ke parti itu — mengakui rakaman audio kontroversi mengaitkan suara Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz adalah asli.

Peguam Jacob Dean mengesahkan perkara itu di mahkamah London mengatakan Abdul Hadi tidak pasti keaslian rakaman itu dalam perbicaraan Pas didakwa menerima sumbangan wang Umno RM90 juta semasa Datuk Seri Mohd Najib Razak menjadi perdana menteri.

Laporan menyebut Nik Abduh mungkin hadir pada masa rakaman itu dilakukan, termasuk Zaharuddin Muhammad (menantu Abdul Hadi) yang menjadi antara saksi memberikan keterangan 11 hari di mahkamah pada April 2019.

Menurut SR, Dean menjangkakan 8 atau 9 saksi disoal berkaitan isu dibangkitkan pihak pendakwaan berkaitan dana tersebut termasuk Bendahari Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Sebelum ini Nik Abduh dalam kenyataannya di Facebook menafikan suara dipercayai…