PENEMUAN rakaman video seks dalam telefon bimbit milik remaja perempuan berumur 14 tahun, membongkar kes rogol terhadap gadis terbabit oleh teman lelakinya yang berusia 17 tahun.

Perlakuan itu disedari bapa kepada remaja berkenaan yang memeriksa telefon bimbit anak perempuannya di rumah mereka di Papar, kira-kira 6 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim berkata, susulan penemuan rakaman video itu, lelaki itu bertanya mengenainya kepada anak perempuannya, namun mangsa mendiamkan diri.

Berikutan itu, katanya, bapa mangsa mengambil keputusan menghubungi suspek yang kemudian mengakui individu dalam video berkenaan adalah dia dan mangsa yang dirakam pada 19 Jun lalu di kawasan letak kenderaan di Taman Malakun, Penampang.

Katanya, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis pada 12.25 tengah malam tadi.

"Susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.