Kuala Lumpur: Sempena Piala Dunia 2018 dan Piala FA Malaysia, Shopee melancarkan kempen Demam Bola Bersama Shopee selama sebulan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018.


Sebagai penaja gelaran bagi Shopee Piala FA Malaysia 2018, kempen ini adalah buah tangan istimewa daripada platform membeli-belah dalam talian terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan.

Antara yang menarik sepanjang kempen berlangsung, peminat boleh memenangi jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee pada 15 Julai 2018 dengan menyertai pertandingan memilih 'Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia' yang menampilkan pasukan kegemaran rakyat Malaysia.

Pengguna perlu mengundi pasukan kegemaran mereka di laman Facebook rasmi Shopee dan memenangi pertandingan mini termasuk trivia menarik berkaitan bola sepak, meneka keputusan perlawanan dan banyak lagi untuk membolehkan 'Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia' ditampilkan di papan tanda utama.

Shopee juga akan mengumumkan pemain terbaik bagi pengguna yang mengutip mata tertinggi setiap minggu. Dengan membeli-belah di Shopee juga, pengguna boleh mendapatkan mata dalam pertandingan itu. Selain itu, peminat pasukan terbabit juga akan pulang membawa hadiah baucar tunai bernilai sehingga RM500,000.

Selain daripada menjual tiket kelab bola sepak Malaysia, Shopee komited untuk menyokong bakat tempatan dan ingin memperhebatkan promosi bagi arena bola sepak tempatan. Justeru, Shopee melancarkan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi jualan tiket supaya lebih ramai orang dapat pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola.

Menggunakan #ShopeeDemamBola, pengguna boleh mendapatkan barangan berkaitan bola sepak kegemaran mereka dan produk lain menerusi laman web www.shopee.com atau Shopee App.

Untuk pengguna pertama kali Shopee, cepatlah muat turun Shopee dan tebus produk di bawah dengan harga RM1 sahaja, gunakan kod “HARIAN1” sekarang!

Muat turun Shopee sekarang!

Istimewa buat pembaca Harian Metro sahaja, mereka boleh mendapatkan baucar RM7 bagi pembelian minimum RM50 (untuk semua pengguna Shopee) menerusi kod “HARIAN7”!

Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen ‘Demam Bola bersama Shopee’, sila layari Shopee sekarang!

-hmetro

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.