Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan laporan dana Bank Negara dan Khazanah digunakan untuk membayar hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Lim berkata terdapat pembayaran hutang 1MDB itu dibuat melalui penebusan Saham Keutamaan Boleh Tukar Kumulatif Boleh Tebus Sukuk oleh Khazanah berjumlah RM1.199 bilion dan penjualan Lot 41, Seksyen 51, Bandaraya Kuala Lumpur kepada Bank Negara Malaysia berjumlah RM2.066 bilion.

Pada  Selasa lalu, Kementerian Kewangan (MoF) melalui satu kenyataan, mendedahkan yang kementerian berkenaan telah membuat bayaran bagi pihak 1MDB berjumlah RM6.97 bilion disebabkan ketidakmampuan 1MDB untuk membayar.

Jumlah itu termasuk pembayaran yang dibuat kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian RM5.05 bilion, kata Lim

Pada 14 Disember 2017, MoF menerusi syarikat milik penuh tidak langsung, Properties Mampan Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian jual beli dengan BNM untuk menjual sebidang tanah yang terletak bersebelahan Sasana Kijang. -Malaysiakini

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.