Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk dua ADUN dilantik, hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli jemaah menteri Sabah yang baharu di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dalam istiadat berlangsung di Istana Negeri, di sini.

Istiadat mengangkat sumpah itu didahului oleh ADUN Api-Api Christina Liew yang juga Pengerusi PKR Sabah diikuti ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong merangkap Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan).

Turut mengangkat sumpah sebagai ahli jemaah menteri Sabah ialah ADUN Melalap Datuk Peter Anthony yang juga Naib Presiden Warisan dan seorang lagi Naib Presiden Warisan iaitu Junz Wong selaku ADUN Tanjung Aru.

Majlis angkat sumpah yang bermula kira-kira jam 3 petang tadi menyaksikan empat kementerian baharu diwujudkan iaitu Menteri Perdagangan dan Perindustrian; Menteri Pelajaran dan Inovasi; Menteri Hal Ehwal Undang-undang Anak Negeri serta Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Berikut adalah senarai tugas Kabinet Baru Kerajaan Negeri Sabah:

Ketua Menteri dan juga Menteri Kewangan
1. Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Ketua Menteri
1. Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Menteri Perdagangan Dan Perindustrian
2.Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
3. Datuk Jaujan Sambakong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Menteri Pembangunan Infrastuktur
1.Datuk Peter Anthony

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
1.Stephen Wong Tien Fatt

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
1.Junz Wong

Menteri Pelajaran dan Inovasi
1. Datuk Dr Yusof Yacob

Menteri Pembangunan Luar Bandar
1.Ewon Benedick

Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri
1.Datuk Aidi Moktar

Menteri Belia Dan Sukan
1. Poon Ming Fung@ Frankie

Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri
1. Jimmy Wong
2. Arifin Asgali

Pembantu Menteri Kewangan
1.Kenny Chua
2.Saripuddin Hatta

Pembantu Menteri Perdagangan Dan Perindustrian
1.Ben Chong
2. Azhar Matussin

Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar
1. Assaffal P.Alian

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1.Hiew Vun Zin

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastuktur
1. Datuk Abd Muis Picho

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
1.Norazlinah Arif

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan
1.Dr. Daud Yusof

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovsi
1. Mohammad Mohamarin
2. Jenifer Lasimbang

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar
1.Rasini Binkoutis
2.Dumi Pg Masdal

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri
1. Uda Sulai
2. Jane Lasimbang

Pembantu Menteri Belia Dan Sukan
1. Arunarnsin Taib

-Astroawani

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.