1. Mempercepatkan pembangunan Malaysian Vision Valley – yang dijangka bakal mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.

2. Menyemarakkan industri berteknologi tinggi untuk mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi.

3. Mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan dalam keusahawanan sosial melalui dana khas dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

4. Memperluaskan amalan waktu kerja fleksibel di sektor awam.

5. Mengurangkan kebergantungan pekerja asing.

6. Memacu dasar Ekonomi Hutan berteraskan pengurusan mampan untuk menjana pendapatan dan pekerjaan.

7. Menderaskan pertumbuhan sektor hiliran industri minyak dan gas bagi mewujudkan lebih peluang kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

8. Mewujudkan zon industri mampan untuk lokasi pelaburan baru.

9. Mempertingkatkan literasi kewangan dengan memperluaskan program AKPK.

10. Memperkenalkan modul literasi kewangan di sekolah-sekolah menengah.

11. Menyediakan peluang latihan kemahiran dan pekerjaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

12. Memperluaskan peluang pekerjaan bagi warga kelainan upaya dengan mewujudkan sebuah portal sehenti khas di mana perkhidmatan-perkhidmatan mereka boleh dipasarkan secara dalam talian.

13. Menambah keanggotaan warga kelainan upaya dalam pelbagai sektor termasuk menjadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Ahli Dewan Negara.

14. Menambah insentif cukai kepada syarikat yang mengambil orang kelainan upaya (OKU) sebagai pekerja.
Special Economic Zone Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.