Majistret tanpa ijazah undang-undang

REPUBLIK CONGO. Republik Demokratik Congo semalam memecat lebih 250 majistret yang tidak mempunyai ijazah undang-undang.

"Lebih 200 individu yang tidak memenuhi syarat untuk berkhidmat sebagai majistret disenarai hitam oleh Presiden Joseph Kagila," kata Menteri Kehakiman, Alexis Thambwe Mwamba.

Sejumlah 256 individu sama ada digantung atau dipecat, sementara dua orang lagi diarahkan supaya bersara.

Difahamkan, negara itu mempunyai kira-kira 4,000 majistret.

Mwamba berkata ramai menyertai badan kehakiman tanpa ijazah undang-undang atau menerima rasuah untuk memberikan keputusan dikehendaki sesuatu pihak.

Beliau menambah, kerajaan akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi meningkatkan tahap profesionalisme kepada mereka yang bercita-cita menjadi majistret.

Pada 2009, Kabila memecat 96 hakim yang didakwa menerima rasuah termasuk dalam kerajaan.- AFP

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'