Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengutuskan sepucuk surat amaran kepada MyPPP mengarahkan parti itu mengambil tindakan disiplin ke atas presidennya, Tan Sri M Kayveas.

Timbalan Setiausaha Agung MyPPP, Datuk Simon Sabapathy berkata surat berkenaan memberi bayangan bahawa parti itu boleh "diarahkan meninggalkan BN."

"Susulan surat yang diterima daripada Setiausaha Agung BN bertarikh 24 April, surat itu mengarahkan siasatan tatatertib diadakan berkaitan dengan tindakan Kayveas secara khusus melanggar perlembagaan Myppp di mana Kayveas secara berseorangan membuat keputusan mengenai peruntukan kerusi.

"Surat bertarikh 24 April juga memberi bayangan bahawa MyPPP mungkin diminta untuk meninggalkan BN," kata Sabapathy pada sidang media di Petaling Jaya hari ini. -Malaysiakini

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.