Curi mayat, amal ilmu ghaib

MANILA - FILIPINA. Sebuah kumpulan pengamal ilmu hitam dikenali sebagai Haring Bakal (Raja Besi) percaya pemakaian tangkal yang diperbuat daripada cebisan mayat akan menjadikan mereka halimunan.

Menurut orang kuat kumpulan terbabit, Angelito Rambo Oreta, mereka akan mencuri mayat dari tanah perkuburan dan melakukan ritual tertentu ke atas anggota badan mayat yang telah dipotong-potong bagi menghasilkan tangkal untuk diberikan kepada ahli kumpulan itu.

Oreta berkata, untuk kesan lebih mujarab, tangkal tersebut perlu diletakkan di dalam mulut untuk mengelakkan daripada dilihat musuh atau sesiapa yang dikehendaki, malah mereka turut akan menjadi kebal.

Laporan mengatakan walaupun kumpulan Raja Besi dilabelkan sebagai kumpulan ajaran sesat, ia kini mempunyai hampir 100 orang ahli terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah anggota polis dan tentera yang mahu melindungi diri. - Dailymail

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..