SEIRING perkembangan teknologi, pelbagai peranti dan gajet dihasilkan bagi memenuhi pasaran serta kehendak orang ramai.

Jika diperhatikan, jumlah penggunaan telefon pintar juga meningkat dan hampir setiap isi rumah menggunakannya. Seiring itu, pengecas telefon diperlukan. Bukan sahaja di rumah, bahkan di pejabat dan di dalam kenderaan.

Menyedari permintaan yang tinggi terhadap peralatan seumpama ini, syarikat Bumiputera, Gajet Pintar Trading, tampil dengan produk inovasi, Gajet Pintar 3 dalam 1, Xneon direka khas dengan tiga fungsi penting untuk semua jenis kenderaan di Malaysia.

Penasihatnya, Prof Dr Mohamad Awang yang juga pakar seni reka industri berkata, fungsi utama Xneon ialah Fast Charging (Qualcomm 3.0), yang membolehkan pengguna mengecas telefon di dalam kereta dengan kelajuan maksimum.

Xneon mampu mengecas hingga 80 peratus kurang setengah jam dan boleh mengecas dua telefon dalam satu masa.

"Xneon mempunyai 2 USB port membolehkan pengguna mengecas dua telefon serentak. Penggunaannya selamat kerana ia dilengkapi fungsi total output 5.4 amps (3.0A + 2.4A) yang membolehkan device pengecasan untuk kesemua jenis telefon pada kadar maksimum," katanya.

Selain fungsi tersebut, Mohamad Awang berkata, Xneon berfungsi sebagai voltage stabilizier yang memberi kesan penjimatan pada penggunaan minyak dan tenaga.

Secara tepatnya, ia boleh menstabilkan voltage dengan fungsi utamanya untuk meningkatkan prestasi kenderaan.

"Voltage stabilizier ini menstabilkan elektrik secara berterusan. Bila elektrik di dalam keadaan stabil, pembakaran minyak lebih lengkap. Bila pembakaran lengkap, tiada petrol dibazirkan.

"Secara tidak langsung, ia akan menjimatkan minyak dan dapat meningkatkan prestasi sistem penyalaan dan sistem elektronik lain. Tiada peratusan khusus dalam penjimatan ini, namun berdasarkan maklum balas pelanggan, hampir 10 hingga 30 peratus penjimatan minyak dapat dilakukan," katanya.

Mohamad Awang berkata, fungsi voltan stabilizer dalam meningkatkan prestasi kenderaan memberi kesan terhadap proses penukaran gear dan sistem pembakaran minyak dengan lebih baik. Selain n enjin lebih cekap, daya tahan bateri, alternator dan plag meningkat. Gangguan bunyi dan gegaran enjin pun semakin berkurang.

"Apabila enjin kereta dihidupkan, banyak elektronik terpasang. Lampu, radio, pendingin hawa, peranti suntikan bahan api. Semuanya guna voltan secara serentak. Tambah pula dengan kereta berusia, voltannya juga makin tak seimbang.

"Dengan adanya voltan stabilizer dalam Xneon ni, voltan akan lebih seimbang. Bila dah seimbang, prestasi kereta pastinya baik," katanya.

Mohamad Awang berkata, gajet pintar itu dilengkapi paparan bacaan voltan bateri kereta (baterry indicator), yang akan memberikan tanda aras kondisi bateri bateri kereta.

Katanya, Xneon akan mengeluarkan paparan low/warning serta isyarat bunyi jika bateri kereta lemah atau bermasalah.

Kualiti tinggi, selamat digunakan

Penglibatan syarikat Bumiputera dalam penawaran alatan gajet boleh dianggap luar biasa. Apatah lagi ia dimonopoli negara luar, terutama China, terkenal dengan pelbagai penghasilan peranti dan gajet.

Bagi Mohamad Awang, lambakan itu beri kelebihan buat Gajet Pintar Trading tampil dengan produk inovasi dan berkualiti tinggi.

“Kita tahu, memang banyak produk pengecasan di pasaran. Namun kelainan Xneon menjadikan ia berbeza dari produk sedia ada.

“Keutamaan Xneon adalah pada kualitinya dan ia dihasilkan mengikuti piawaian keselamatan ditetapkan. Setiap produk dihasilkan adalah 100 peratus original dan mempunyai jaminan selama setahun, tertakluk terma dan syarat,” katanya.

Dikilangkan di luar negara, Mohamad Awang berkata, syarikat mengambil masa hampir setahun untuk menjalankan kajian dan penyelidikan bagi memastikan produk itu memenuhi kehendak dan berfungsi seperti yang diinginkan.

"Xneon sesuai dengan semua jenis kenderaan yang mempunyai soket pencucuh rokok bervoltan 12V dan 24V. Kereta baru mahupun lama. Kalau dijaga dengan baik, Xneon bertahan sehingga 5 tahun.

“Alhamdulillah, hasil testimoni 1,000 produk pertama yang terjual, ramai berpuas hati dengan Xneon. Rata-rata beri maklum balas sangat memberangsangkan," katanya.

Dilancarkan sejak Julai lalu, Xneon menerima permintaan tinggi di negara ini, namun buat masa ini penghasilannya terhad kerana kilang hanya mampu keluarkan 2,000 unit produk dalam satu masa.

“Produk ini dijual sepenuhnya menerusi atas talian seperti website dan Facebook Xneon sahaja. Ia dijual RM198 seunit,” katanya.

Gajet Pintar Trading optimis menguasai pasaran seluruh Malaysia sebelum ke luar negara. Syarikat juga bakal melancarkan beberapa gajet baharu bagi memenuhi permintaan ramai.

-Sinarharian

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.