Lebih 250 rumah di Tawau hangus


TAWAU: Keriangan Aidilfitri bertukar suram apabila dianggarkan lebih 250 buah rumah setinggan membabitkan lebih 1,000 penduduk di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas di sini musnah dijilat api.

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah (JBPMS), kebakaran tersebut melibatkan anggaran keluasan rumah 100x100 persegi yang dibina atas air.

Kebakaran berlaku pukul 3 petang pada Sabtu di mana seramai 30 anggota JBPM daerah Tawau dan dibantu oleh anggota JBPM Semporna dan Kunak.

Pihak JBPM menghadapi kesukaran untuk memadamkan api berikutan tekanan air yang rendah dan faktor jarak antara rumah yang dibina agak rapat.

Jumlah sebenar rumah yang musnah, punca kebakaran, serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-Astroawani


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong