Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Tamparan hebat buat Dato Najib

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa video terbaru Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong itu adalah satu tamparan besar buat rakan sejawatnya di Malaysia.


Katanya, Lee sanggup memohon maaf kepada rakyat Singapura berhubung perbalahan dengan adik beradiknya mengenai isu tanah rumah kediaman bapanya, Lee Kuan Yew yang telah mencemarkan integriti keluarganya, rakyat, negara dan dan parti PAP.

“Beliau menjanjikan kepada rakyat Singapura untuk mengadakan full public hearing dalam Parlimen Singapura bulan depan bagi membolehkan anggota pembangkang dan juga anggota partinya sendiri untuk menyiasatnya secara bebas dan beliau bersedia untuk menjawabnya.

“Sesiapapun yang melihat video ini, pasti akan bertanya dalam hati kenapa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi pelbagai tuduhan kotor tidak sanggup untuk melakukan apa yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura itu,” katanya dalam satu blog.

Bekas menteri itu yang lebih mesra dikenali sebagai Zam, berkata walaupun jaminan Lee itu belum dilaksanakan, tetapi kenyataannya sekali gus memulihkan penghormatan dan keyakinan rakyat terhadapnya.

Menurutnya, ini menunjukkan bahawa Lee memahami penilaian rakyat terhadap kepimpinan Singapura dan kerana sebab itu, beliau bersedia berdepan dengan mereka rakyat untuk melenyapkan sebarang prasangka buruk dan memperkuatkan lagi kedudukannya.

“Video ini adalah satu tamparan yang sangat hebat kepada Najib dan barisan pertahanannya yang dilihat lebih mengutamakan sandiwara politik untuk mengekalkan kuasa dan takut untuk menampilkan kejujuran politik bagi mengekalkan kuasa,” katanya.

Isnin lalu, Lee memohon maaf kepada warga Singapura kerana berasa malu atas perbalahan antara beliau dan adik-beradiknya yang tertumpu kebanyakan kepada rumah mendiang bapa mereka, yang terletak di No 38, Oxley Road.

Beliau berkata, rakyat Singapura telah terganggu dan keliru dengan berita mengenai perbalahan peribadi antara adik-beradiknya dan berjanji akan melakukan segala yang mungkin untuk mengelakkan situasi itu.

-Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..