Rogol: Kalau menjerit, suami akan dibunuh

KLANG - Tidur seorang wanita dikejut dengan kejadian hitam apabila bukan sahaja rumahnya dipecah masuk malah dia turut menjadi mangsa rogol.


Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di Kampung Rantau Panjang, dekat sini, semalam, mangsa dikatakan telah diacu pisau oleh sekumpulan penjenayah disyaki warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa berusia 34 tahun yang merupakan isteri kepada seorang peniaga telah diugut untuk tidak menjerit bagi elak daripada dicederakan.

Menurutnya, mangsa telah dirogol oleh salah seorang daripada suspek di bilik utama.

"Ketika kejadian, mangsa tidur sendirian di dalam bilik, manakala suaminya serta anak lelakinya berusia empat tahun tidur di ruang tamu.

"Suspek telah mengugut mangsa sambil mengacukan pisau sebelum mangsa dirogol. Mangsa tidak menjerit kerana ditakutkan oleh suspek yang memakai penutup muka mengatakan jika mangsa menjerit, suami mangsa akan dibunuh," katanya.

Beliau berkata, pada mulanya suspek telah meminta mangsa untuk menyerahkan barang kemas miliknya tetapi mangsa mendakwa kerana ianya telah digadai. Namun, suspek telah mengambil wang tunai dan telefon bimbit Samsung Note 3.

Katanya, suami mangsa hanya menyedari kejadian kira-kira setengah jam kemudian selepas dikejutkan oleh isterinya itu mengatakan bahawa dia telah dirogol suspek'

"Suspek memasuki rumah melalui tingkap ruang tamu rumah dan dipercayai melarikan diri menggunakan laluan pintu belakang.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengesan tiga suspek. Beberapa bahan bukti telah diambil di rumah mangsa," katanya.

Dalam pada itu, mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

-Sinarharian
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..