Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Rafizi: Kerajaan 'tak jujur' kenakan GST

Tindakan kerajaan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 jenis makanan mulai bulan depan ketika rakyat memberi tumpuan kepada skandal besar negara dianggap PKR sebagai tidak jujur.


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata kerajaan seolah-olah mengambil kesempatan atas perhatian besar diberikan rakyat kepada isu 1MDB.

"Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak terus mengenakan GST ke atas bahan-bahan makanan asas bertentangan dengan janji awal BN kononnya cukai itu tidak membebankan apabila bahan makanan didakwa tidak dikecualikan.

"Tindakan mengenakan GST secara diam-diam ke atas bahan makanan ketika rakyat menumpukan perhatian kepada skandal besar negara adalah tidak jujur; seolah-olah mengambil ksempatan atas tumpuan rakyat kepada skandal besar 1MDB," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Media hari ini melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Subromaniam Tholasy, mengesahkan GST akan mula dikutip ke atas lebih 60 jenis bahan makanan yang sebelum ini berkadar sifar.

The Star Online menyatakan antara bahan makanan itu ialah belut, ikan todak dan buah-buahan import seperti avokado, buah ara, anggur dan ceri.

Kurang bekalan domestik

Sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, bayam dan jagung manis pula dikeluarkan daripada senarai GST sifar.

Bahan lain termasuk bihun, kuetiau mi laksa dan minyak kelapa.

GST akan mula dikenakan ke atas bahan makanan berkenaan mulai 1 Julai ini.

Kata Rafizi, kerajaan perlu membatalkan rancangan melaksanakan GST pada bahan makanan itu kerana ia hanya akan melonjakkan kadar inflasi dan secara langsung membebankan rakyat berpendapatan rendah.

"Ini memburukkan lagi masalah kenaikan harga barang yang sudah pun teruk," katanya.

Anggota parlimen Pandan itu juga menegaskan, walaupun sayur-sayuran dan bahan makanan diimport itu dikenakan cukai atas dasar ia dianggap produk mewah, ia tetap memberi kesan kepada sebahagian besar bahan makanan yang banyak digunakan rakyat negara ini,

"Ini adalah kerana sebahagian besar sayur-sayuran dan bahan makanan mentah kita diimport kerana kekurangan bekalan domestik," katanya.

Bagaimanapun Rafizi mengingatkan, pelaksanaan GST serta kenaikan harga bahan keperluan orang ramai turut memberi kesan positif terhadap sokongan rakyat kepada pembangkang.

"Tindakan mengutip GST ke atas bahan makanan akan menarik minat lebih ramai rakyat kita untuk datang ke sesi penerangan Pakatan Harapan," katanya.

GST yang berkadar 6 peratus mula dilaksanakan di negara ini pada 1 April 2015. Ia dikatakan banyak pihak sebagai punca kepada kenaikan harga pelbagai barang keperluan harian di negara ini.

Pada 4 Februari lalu, Malaysiakini melaporkan, KDRM menyasarkan kutipan GST bagi tahun ini ialah sebanyak RM42 bilion.

Kata Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) KDRM, Datuk Zulkifli Yahya, setakat ini kira-kira 433,000 syarikat didaftarkan di bawah GST sejak sistem percukaian baru itu dikuatkuasa.

Pada 2016 pula, jumlah kutipan GST ialah sebanyak RM41.2 bilion atau melebihi sasaran awal sebanyak RM38.5 bilion.

-Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..