Skip to main content

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Ong Ka Chuan : SUV Proton tidak lebihi RM100,000


MODEL kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton berasaskan platform Geely Boyue dijangka dijual dalam pasaran Malaysia dalam tempoh dua tahun dan harganya tidak akan melebihi RM100,000.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, demi menarik lebih ramai pelabur asing menanam modal di Malaysia serta merealisasikan perjanjian Organisasi Perdagangan Dunia dan Kawasan Perdagangan Bebas Asean, kerajaan akan mengurangkan duti eksais terhadap kereta import secara berperingkat.

"Dengan kata lain 'Boyue' apabila memasuki pasaran negara kita, harganya hanya akan melebihi antara 10 hingga 20 peratus daripada harga dijual di China.

"Ketika ini, harga 'Boyue' di China lebih kurang 110,000 Yuan ataupun kira-kira RM70,000," kata Ka Chuan kepada China Press.

Mengulas lebih lanjut, Ka Chuan berkata, mengikut cadangan awal penetapan harga SUV Proton itu ialah, dengan harga 'Boyue' di China antara 100,000 Yuan hingga 150,000 Yuan (RM67,000 hingga RM93,900) dan ditambahkan dengan perkiraan awal antara 10 hingga 20 peratus, maka itulah harga yang bakal dibeli oleh pengguna di Malaysia.

Di China, Geely Boyue ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.8L turbo dan 2.0L aspirasi natural. Sebaik sahaja dilancarkan, ia terus menerima sambutan amat menggalakkan oleh rakyat tempatan. Ketika ini, ia adalah antara SUV paling laris di negara berkenaan.

Jualan keseluruhan kereta keluaran Geely di China sepanjang Mac lalu mencecah 80,000 unit.

Kata Ka Chuan, selepas DRB-Hicom Berhad memeterai perjanjian bersama Zhejiang Geely Holding Group sebagai rakan strategik asing Proton Holdings Berhad, dijangkakan kereta Proton akan berada sekurang-kurangnya satu peratus dalam industri jualan kereta di China, selain mensasarkan jumlah jualan 3.8 juta unit setahun untuk pasaran di rantau Asean.

Beliau memuji Geely kerana menghasilkan 'Boyue' yang mempunyai ciri sambungan internet dan pengecaman suara berteknologi tinggi, sekali gus mampu meningkatkan nilai Proton dalam pasaran kereta jenis SUV.

-Sinarharian

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..