Difahamkan lokasi tumpuan tidak jauh dari kawasan dua mayat juruterbangnya, Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Mohd. Yazmi Mohamed Yusof, 39, yang ditemukan di kawasan paya berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai di sini.
Sementara itu, tinjauan di lokasi pencarian mendapati pegawai TUDM bersama kakitangan dipercayai daripada syarikat kontraktor penyelenggara pesawat tersebut dilihat memasuki ke lokasi kira-kira pukul 1.15 petang ini untuk menjalankan siasatan.
Mereka terdiri daripada tiga pegawai dan lima kakitangan syarikat tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan dikeluarkan daripada mana-mana pihak berhubung aktiviti berkenaan. - UTUSAN ONLINE
Post a Comment
Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.