Skip to main content

Rafizi: Kerajaan 'tak jujur' kenakan GST

Tindakan kerajaan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 jenis makanan mulai bulan depan ketika rakyat memberi tumpuan kepada skandal besar negara dianggap PKR sebagai tidak jujur.


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata kerajaan seolah-olah mengambil kesempatan atas perhatian besar diberikan rakyat kepada isu 1MDB.

"Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak terus mengenakan GST ke atas bahan-bahan makanan asas bertentangan dengan janji awal BN kononnya cukai itu tidak membebankan apabila bahan makanan didakwa tidak dikecualikan.

"Tindakan mengenakan GST secara diam-diam ke atas bahan makanan ketika rakyat menumpukan perhatian kepada skandal besar negara adalah tidak jujur; seolah-olah mengambil ksempatan atas tumpuan rakyat kepada skandal besar 1MDB," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Media hari ini melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Subromaniam Tholasy, mengesahkan GST akan mula dikutip ke atas l…

Kronologi Hawk 1996-2006


JET pejuang dua tempat duduk, Hawk 108 milik TUDM yang terhempas di utara Kuantan iaitu di sempadan antara Terengganu dan Pahang, 11.30 pagi, semalam 15 Jun 2017.

Mengikut rekod, TUDM memilik enam pesawat Hawk 108 untuk tujuan latihan lanjutan manakala 16 unit Hawk 208.

Difahamkan, Hawk mula bersama TUDM sejak 1996. Ia adalah pesawat latihan lanjutan dan pesawat pejuang ringan.

Kronologi pesawat Hawk terhempas

31 Mei 2006
Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang ketika melakukan sesi latihan peperangan selepas jet pejuang Hawk 100 dipandunya terhempas di kawasan berpaya di Endau, dekat Rompin, Kuantan.

23 Jun 2005
Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru melangsungkan majlis persandingannya, sebelum sebelum nahas, terbunuh apabila pesawat Hawk Mk208 terhempas dalam belukar berhampiran Kampung Kerupang di utara Lapangan Terbang Labuan.

18 Disember 2003
Dua juruterbang pesawat Hawk 100 terbunuh selepas pesawat mereka terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan.

4 September 2002
Pesawat pejuang Hawk MK208 TUDM, terhempas ketika melakukan latihan di ruang udara Pulau Tioman, Pahang.

Bagaimanapun juruterbangnya, Kapten S Nadzeer Sallehudin, 31, berjaya menyelamatkan diri dengan menekan butang kerusi anjal.

19 Mac 2002
Seorang anggota kejuruteraan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang, Laskar Udara Kanan (LUK) Shawn Cristopher Chew, 25, terbunuh apabila kerusi anjal sebuah jet pejuang Hawk 108 tiba-tiba melantun selain menyebabkan enam lagi melecur terkena api roket.

10 September 1998
Sebuah pesawat pejuang jenis Hawk 208 Skuadron Ke-6 dari pangkalan TUDM Kuantan terhempas di Kampung Kuala Betis, kira-kira 30 kilometer dari Gua Musang menyebabkan juruterbangnya, Kapten Jaidev Biaspal a/l Basdav Biaspal, terkorban.

18 Jun 1996
Sebuah pesawat Hawk 100 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkecai setelah terhempas dalam kawasan sawah berhampiran pangkalannya di Butterworth.

Juruterbang yang terbabit dikenali sebagai Lt Kol Roshaimi Zakaria dan Kapten K Chandran, bagaimanapun selamat keluar menggunakan kerusi anjal.

-Hmetro

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri

NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi.

Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah.

Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejara…

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..

Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.

Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa..? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.

Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.

Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman

1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Sk…

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong

Kali pertama Ibrahim Mat Zin melakukan ritual di balai ketibaan KLIA, beliau telah meneropong MH370 yang hilang dengan menggunakan buluh buruk mengatakan kapal terbang MH370 berada di antara tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan China. Kini terjawab beliau penipu. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa. Kalaulah pihak berkuasa kapal terbang MH370 terputus hubungan di Kalimantan, pastinga Ibrahim Mat Zin akan cakap ia tergantung di Kalimantan walaupun kapal terbang itu tidak pergi ke sana.

Terkini operasi mencari di kawasan laut China Selatan dihentikan semalam apabila kapal terbang MH370 didapati melakukan turn back.

Lepas ni bomoh sedunya akan tiru pula aksi nujun pak belalang..ambil mengkuk dan isi air..lihat dimana MH370 berada. Amat memalukan rakyat Malaysia..