Khalid bersara wajib September ini


KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan akan bersara wajib pada September tahun ini.

"Ya saya bersara wajib September ini, saya cukup 60 tahun," katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Khalid mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pangkat inspektor di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 5 Disember 1976.

Berbekalkan ketegasan dan kepimpinan yang dimiliki, beliau diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai jawatan penting sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan laporan berita Sarawak Report yang mengaitkan hubungannya dan beberapa pegawai tertinggi PDRM dengan suspek peras ugut wang perlindungan di Melaka iaitu Gopinathan Krishnan atau Gopi, Khalid menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang menyiasat perkara itu.

"Kita tunggu SPRM selesai melakukan siasatan," katanya
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..