Kebakaran Grenwell Tower

LONDON: Kebakaran apartmen setinggi 24 tingkat di tengah London pagi ini, menyebabkan kematian sejumlah penghuni, kecederaan kepada lebih 50 mangsa dan memerangkap sesetengah penghuni yang sedang tidur ketika kejadian.


Api menjilat bahagian tepi blok di utara Kensington itu ketika lebih 200 anggota bomba yang dibantu 40 jentera bertungkus lumus berjam-jam untuk memadam kebakaran.

Kepulan asap hitam dan kelabu kelihatan di tengah-tengah ibu negara Britain itu selama beberapa jam selepas api mula membakar Grenfell Tower yang menjadi kediaman beratus-ratus penghuni.

Mereka cuba menyelamatkan diri menerusi koridor yang dipenuhi asap tebal selepas terjaga dari tidur dan terhidu bau asap. Ada mengatakan mereka tidak mendengar loceng kecemasan.

Saksi berkata mereka melihat penghuni menjerit meminta tolong dari jendela di tingkat atas ketika api sedang marak.

Perkhidmatan Bomba London berkata, api membakar keseluruhan tingkat dari tingkat dua hingga ke tingkat atas bangunan yang mengandungi 130 unit apartmen.

"Dalam tempoh 29 tahun saya bertugas sebagai anggota bomba, saya tidak pernah melihat sesuatu seteruk ini," kata Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba London, Dany Cotton.

"Saya dengan dukacita mengesahkan bahawa berlaku kehilangan nyawa, saya tidak dapat mengesahkan angkanya ketika ini disebabkan saiz dan kerumitan bangunan ini."

Perkhidmatan Ambulans London berkata lebih 50 mangsa sudah dibawa ke hospital. Saksi memberitahu Reuters dia bimbang tidak semua penghuni dapat menyelamatkan diri.

Punca kebakaran, yang dipercayai bermula pada jam 1 pagi waktu tempatan, masih tidak diketahui, kata Bomba.

Majlis pihak berkuasa Kensington dan Chelsea, yang menjadi pemilik bangunan itu berkata, fokus ketika ini ialah membantu kerja-kerja menyelamat, dan akan menyiasat secara menyeluruh punca kebakaran. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292909
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..