Johari: Kabinet tak pernah lulus GST atas 60 lagi barangan makanan

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa pengenaan cukai GST ke atas 60 lagi barangan makanan, tidak pernah diluluskan oleh kabinet.

Malah, katanya, Ketua Pengarah Jabatan Kastam memberitahunya bahawa dia tidak mengetahui yang perintah yang diwartakan itu, dinaikkan di laman web.

Johari memberitahu Malaysiakini demikian dalam responnya kepada ahli parlimen PKR Rafizi Ramli yang mendakwa satu usul untuk meluluskan pengenaan GST ke atas 60 barangan makanan itu, dibentangkan oleh Kementerian Kewangan pada sesi Dewan Rakyat yang lalu.

"Rafizi salah. Tiada satu pun daripada 60 barangan itu dibentangkan di Parlimen. Nasihat saya kepada Rafizi - janganlah mengelirukan orang ramai. Buat penyelidikan dengan betul."

Mengenai Rafizi memetik perintah tetap dan Hansard Parlimen, dalam mendakwa bahawa Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz telah membentangkan usul mengenai perkara itu, Johari berkata Rafizi telah merujuk kepada subjek yang salah.

"Suruh dia semak rekodnya dengan betul. Dia selalu buat silap pada masa lalu. Jadi sekali lagi dia cuba mengelirukan orang ramai," kata Johari.

Rafizi semalam berkata Othman, antara lain pada 4 April, menjelaskan bahawa barangan makanan yang akan dikenakan cukai, adalah seperti kuey teow kering, laksa kering, dan mi kuning kering.

Jabatan Kastam pada hari Isnin membatalkan rancangan untuk mengenakan cukai enam peratus GST ke atas barangan makanan itu mulai 1 Julai setelah warga maya mengecamnya selepas berita mengenai perkara itu dilaporkan.

Johari sebelum ini dilaporkan berkata cukai sebarang pengenaan cukai GST terhadap mana-mana barangan baharu perlu melalui kelulusan Kabinet.

Johari berkata, cadangan pengenaan GST terhadap 60 item makanan tersebut dibuat di peringkat Jabatan Kastam tanpa sebarang rujukan dengan kementerian untuk dimuktamadkan.

-Malaysiakini
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..