FGV: Zakaria Arshad diarah bercuti serta merta

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad telah diarah bercuti berkuatkuasa serta merta.


Menurut laporan media, Zakaria telah menerima surat mengarahkannya bercuti, dari Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad.

Sebelum ini, laporan media mengatakan Zakaria sedang disiasat berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Laporan media juga mengatakan Zakaria telah diarahkan untuk meletakkan jawatannya kerana beliau telah melanggar amalan korporat dengan membenarkan pembelian oleh pihak Safitex tanpa surat kredit, yang menyebabkan penangguhan bayaran.

Walau bagaimanapun, beliau enggan berbuat demikian berdasarkan tuduhan itu kerana beliau tidak melanggar amalan korporat seperti yang didakwa.

Satu sidang media akan diadakan oleh Isa kira-kira pukul 1.30 petang ini.

-astroawani
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..