Fenomena belalai air di Labuan cetus panik


Satu fenomena belalai air telah terbentuk di perairan Labuan telah menimpulkan perasaan panik warga Labuan. Belalai air terbentuk hanya beberapa ratus meter dari pantai tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan.

Belalai air ini terbentuk kira-kira 10 minit namun cukup menimbulkan rasa panik penduduk Pulau Labuan.

Walau bagaimanapun belalai air yang terbentuk di perairan labuan merupakan belalai air kecil dan bukan daripada ribut.

Dalam pada itu pejabat meteorologi dihujani panggilan penduduk pulau Labuan yang dilanda ketakutan.

Menurut pengarah meteorologi, Donis Gunting, belalai air itu berlaku disebabkan ketidakstabilan dalam atmosfera.


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'