Dua suspek militan ditahan


DUA lelaki dipercayai ahli kumpulan militan diberkas sepasukan polis dalam kejadian berhampiran Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri, Sandakan, hari ini.

Kedua-dua suspek terbabit ditangkap sepasukan polis kira-kira jam 12 tengah hari.

Kejadian penangkapan itu turut dimuat naik melalui laman sosial Facebook dan WhatsApp dan kelihatan anggota polis menahan dua lelaki disyaki dari kumpulan militan.

Ketika tangkapan dilakukan, sepasukan polis lengkap bersenjata berkawal di jalan raya sekitar lokasi kejadian sehingga menggemparkan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

Turut dikongsikan video berdurasi 1.17 saat iaitu dua suspek terbabit ditahan sepasukan polis.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi akan dikeluarkan nanti.

-Hmetro
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Senarai Rasuah KM Sabah & Sarawak..? SPRM tutup mata..