Dekoder percuma tidak membantu rakyat

ALOR SETAR - Pemberian sebanyak 4.2 juta dekoder percuma bagi siaran televisyen digital melalui projek Pendigitalan Penyiaran Nasional yang dikendalikan MYTV Broadcasting Sdn Bhd kepada penerima BR1M bukanlah jalan penyelesaian untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat tidak mengharapkan hadiah dekoder percuma yang berharga RM199, sebaliknya mahu kerajaan mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup yang semakin membebankan.

“Gelak keras perut melihat polisi Najib untuk atasi beban kos sara hidup rakyat miskin dengan pemberian dekoder percuma, sedangkan rakyat sedang berhempas pulas dengan kenaikan harga barang akibat dari pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) serta penarikan subsidi barangan keperluan.

“Rakyat kini sedang berhadapan dengan harga komoditi yang rendah, golongan pekerja pula berhadapan dengan pendapatan gaji yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan harga barang semasa, tetapi Najib atasi bebanan ini hanya dengan memberi dekoder percuma,” katanya.

Menurutnya, lebih baik Najib melepaskan jawatan sebagai perdana menteri sekiranya gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

“Orang kampung nak ada simpanan RM250 pun terkemut-kemut, Najib dan pemimpin negara yang lain bolehlah hidup mewah, lebih-lebih lagi apabila beliau dikaitkan dengan skandal RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya," katanya.

-Sinarharian

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong