Rupa-rupanya lebih ramai orang di Kelantan dan Terengganu  yang teruja dengan kedatangan Maria Ozawa ke Malaysia berbanding penguna internet di negeri lain.

Ia berdasarkan jumlah carian di Google sepanjang beberapa hari lalu.

Photo : Astroawani

Daripada semua bandar di Malaysia pula, Kota Bharu yang terkenal dengan jolokan bandar raya Islam itu mencatatkan jumlah carian kata kunci 'Maria Ozawa' tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia.

Siapa dia Maria Ozawa?

Maria Ozawa, 31, merupakan bekas pelakon filem lucah dari Jepun yang bermula kariernya sejak 2005.

Beliau menjadi perbualan hangat di media sosial apabila Ozawa berkongsi gambarnya di ibu kota baru-baru ini.

-Astroawani

Post a Comment

Borneomail tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan di halaman ini. Ia pandangan peribadi komentar dan bukan pandangan borneomail. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.