Anak durjana tikam, tetak ayah kandung hingga mati di Tawau

TAWAU: Akibat dipengaruhi dadah, seorang lelaki tergamak menikam leher dan menetak kepala ayah kandungnya setelah berlaku perselisihan faham di antara mereka pada awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, suspek berusia 27 tahun itu menikam leher mangsa berusia 56 tahun menggunakan pisau di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Titingan.

Dia kemudian menetak kepala mangsa menggunakan parang hingga menyebabkan kecederaan serius.

Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

Suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) manakala kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Esscom berdepan 'musuh dalam selimut'