Abang penggal kepala adik perempuannya

TAIPEI: Seorang lelaki Taiwan ditahan polis pada Khamis selepas dipercayai memenggal kepala adik perempuannya di hadapan jiran-jiran selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.

Lelaki berumur 54 tahun itu, yang dikenal pasti dengan nama keluarganya Lin, memenggal kepala adik perempuannya dengan pisau dapur di luar rumah mereka di selatan bandar Kaohsiung.

Pihak polis berkata Lin dan adiknya, 52, tidak berkahwin dan tinggal bersama.

Lin telah menjaga adiknya yang kurang siuman itu sejak bertahun lamanya.

“Si adik sepatutnya pergi ke hospital pagi ini namun mereka bertengkar selepas dia enggan. Lin kemudiannya bertindak menyerang dan memenggal kepala adiknya itu,” kata seorang pegawai polis.

Tragedi ini susulan satu lagi kes penggal kepala melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun minggu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Dusun Bonggi

Nostalgia - Nahas helikopter Melibatkan Tan Sri Yahya Ahmad

Raja bomoh Ibrahim Mat Zin pembohong