Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Pasar gantung Tawau dan 12 kedai terbakar

Sejumlah 64 peniaga hilang sumber pendapatan selepas lot gerai mereka yang menjual pelbagai barangan termasuk kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di Tawau awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan 12 kedai menjual pelbagai barangan termasuk sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata daripada jumlah 12 kedai, lima musnah sepenuhnya manakala tujuh lagi terbakar 50 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

"Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut dan pihaknya terpaksa mendapat bantuan Jabatan Bekalan Air untuk menghantar lori tangki  air sebelum kebakaran dapat dikawal, katanya ketika dite…

Perlumbaan F1 2017 di Sepang menjadi perlumbaan terakhir di Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Malaysia tidak lagi menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kerajaan bersetuju menamatkan kontrak penganjuran mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kontrak itu terpaksa ditamatkan berikutan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding kos penganjuran sejak 1999.

"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira laporan dan pandangan daripada Sepang International Circuit (SIC) mengenai impak kewangan acara F1 ini kepada semua pihak berkepentingan.

"Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang sangat tinggi setiap tahun. Namun begitu, pulangan daripada menganjurkan kejohanan ini semakin berkurangan dari segi penonton, pengunjung dan jumlah kedatangan pelancong asing semasa perlumbaan berlangsung sejak beberapa tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pada peringkat awal penganjurannya, F1 dapat mempromosikan negara sebagai des…

Rusia Beri Amaran Tembak Pesawat AS

DAMSYIK: Rusia memberi amaran untuk menembak jatuh jet pejuang tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) jika cuba melancarkan serangan udara ke atas kedudukan tentera Syria.

Amaran itu disuarakan sendiri oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin yang mengarahkan sistem peluru berpandu permukaan ke udara jenis S-300 dan S-400 ditempatkan di Syria bagi melindungi tentera pimpinan Presiden Bashar al-Assad dan kepentingan Moscow di negara bergolak tersebut.

Putin seperti dilaporkan portal Rusia Today berkata, senjata tersebut turut memiliki keupayaan menyerang pesawat, helikopter atau drone yang tidak dikenali jika memasuki radius serangan.
Dalam perkembangan sama, Moscow berkata, kerahan sistem pertahanan itu dilaksanakan bagi melindungi anggota Pusat Perdamaian Rusia di Syria yang sedang menjalani misi menghantar bantuan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Jeneral Igor Konashenkov berkata, sebarang serangan udara atau peluru berpandu di kawasan yang dikuasai kerajaan Syria mer…

Rakyat Malaysia Hilang Di Jakarta

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang giat mengesan dan mencari dua rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Jakarta sejak 30 Mac lepas.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Bernama di sini hari ini, pihak kedutaan dengan bantuan Atase Polis Diraja Malaysia di kedutaan besar sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan kedua-dua rakyat Malaysia itu.

Katanya, pihak kedutaan juga sedang menjalankan siasatan daripada segala sudut kerana kehilangan mereka menimbulkan kemusykilan setelah tidak langsung menghubungi sesiapa sebaik tiba di Jakarta.

Beliau berkata, waris kepada Mohamad Shafa Ahmad, antara yang dilaporkan hilang itu, telah bertemu dengan pihak kedutaan dan kini berada di Jakarta.

Mohamad Shafa, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang, dipercayai hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada 2 petang dari Lapang…

Debat Tun Mahathir dan Nazri Aziz wajar diteruskan

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam mahu debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diteruskan. Beliau berkata, dunia semakin terbuka, malah politik negara kini semakin matang .

Negara-negara luar seperti Amerika Syarikat akan mengadakan debat apabila ada isu-isu tertentu yang perlu didebatkan. Oleh itu malaysia perlu mewujudkan politik matang agar rakyat Malaysia dapat mendengar hujah-hujah daripada pendebat agar rakyat Malaysia mendapat keputusan yang tepat.

Debat boleh dijalankan ditempat-tempat tertentu yang tidak menganggu ketenteraman awam. Sebelum ini debat antara Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek di Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Permit debat Mahathir, Nazri dibatal

Nampaknya orang ramai terpaksa menunggu lebih lama - jika memang ada ruang untuk itu - bagi melihat Tun Dr Mahathir berdebat dengan Datuk Seri Nazri Aziz.

Selepas polis memberikan kebenaran bersyarat debat itu diadakan di Shah Alam, hari ini sepucuk surat daripada polis menyatakan kebenaran itu dibatalkan.

Pembatalan itu dinyatakan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob, melalui akaun Twitter beliau sebentar tadi.

"Pelik, dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!! " katanya.

Makluman itu tiba sehari selepas polis Shah Alam memberi kebenaran kepada Karangkraf menganjurkan majlis berkenaan.

Melalui sekeping gambar dilampirkan Hussamuddin bersama tweetnya, surat polis dialamatkan kepada Sinar Karangkraf Sdn Bhd itu menyatakan, pembatalan berkenaan dibuat kerana mendapat bantahan penduduk di kawasan berkenaan.

"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menerima bantahan dar…

Surirumah diculik di JB

KULAI: Seorang suri rumah yang diculik di Johor Bahru dan dikurung 27 hari dalam sebuah rumah ladang di Pulau Batam, Indonesia, berjaya dibebaskan polis Malaysia semalam.

Berikutan itu, polis berjaya menahan 12 individu di Johor Bahru, enam lagi di Batam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa pulang dengan selamat.

Katanya, mangsa diculik di rumahnya pada jam 3.30 pagi pertengahan bulan lalu dan dibawa ke Pulau Batam sebelum dikurung di sana, tetapi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil kerjasama pihak keluarga juga kes ini tidak dihebahkan, tiada publisiti dan selepas 27 hari polis berjaya mengesan mangsa dan menahan individu terbabit.

"Penculik ada meminta wang tebusan, tetapi saya tidak mahu mendedahkannya... jumlahnya memang besar. Apa pun saya berterima kasih kepada pihak polis Singapura dan Indonesia atas usaha sama menyelesaikan kes ini dan esok saya akan bertemu rakan sejawat saya dari Indonesia di …