Posts

Showing posts from March, 2017

Debat Mahathir-Nazri sah pada 7 April, polis tetapkan syarat

Image
Debat di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sah akan berlangsung pada 7 April ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub .

“Alhamdulillah, surat dari OCPD Shah Alam ( ACP Shafien Mamat) baru saja diterima. Confirm dialog Tun Dr Mahathir vs DS Nazri Aziz 7.4.17 on,” katanya menerusi Twitter.

Penganjur sebelum ini memaklumkan kepada polis pada 27 Mac lalu bahawa majlis itu akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad Ke-5, Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Hussamuddin turut dimuat naik surat polis bertarikh 31 Mac di akaun media sosialnya.

Menurut surat itu, polis mengenakan beberapa syarat dan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam.

Antaranya, penganjur diminta peserta himpunan tidak bertindak atau mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai atau mengganggu ketenteraman awam.

Karangkraf juga diberitahu untuk mem…

Lelaki merogol lembu dicekup

Image
BANGKOK: Seorang lelaki di Thailand masih mampu ketawa ketika dibawa dalam keadaan berbogel oleh pihak polis selepas dicekup melakukan hubungan seks dengan seekor lembu.
Kejadian memalukan itu berlaku di wilayah Lampang pada Sabtu apabila penduduk kampung melihat perbuatan jelik lelaki berusia 40 tahun itu pada mulanya mencium lembu terbabit sebelum melakukan perbuatan seks dengan haiwan ternakan tersebut.



Mereka mengejar lelaki berkenaan yang melarikan diri dalam keadaan berbogel dan bersembunyi dalam sebuah tandas di kawasan ladang berhampiran.

Penduduk yang berang tidak dapat memasuki tandas tersebut dan menghubungi pihak berkuasa untuk mencekup lelaki itu.

Polis yang tiba 30 minit kemudian berjaya membawa lelaki itu keluar dan suspek hanya ketawa ketika dibawa ke trak polis.

Penduduk tempatan juga memberikan lelaki berkenaan sehelai seluar kepadanya untuk dipakai.
Suspek yang enggan dikenali, mengakui dia terdesak untuk memuaskan nafsu yang membuak-buak apabila melihat haiwan ters…